UNiSEL Unofficial Forum


    Lagi student UNISEL meninggal dunia akibat eksiden....

    Share

    pipitkk
    Forumer
    Forumer

    Male
    Joined : 2008-09-11
    Number of posts : 6
    Warning level : 0/3
    UNiSELian : Bestari Jaya
    Shoutout : So...Let Shoot Up Time...!!!!!!

    Lagi student UNISEL meninggal dunia akibat eksiden....

    Post by pipitkk on Mon Oct 13, 2008 11:37 am

    Maut langgar lopak air


    Oleh Nazarali Saeril
    nazarali@hmetro.com.my








    SHAH ALAM: Hajat seorang pelajar Universiti Industri Selangor
    (Unisel) mahu beraya ke rumah rakan di Seksyen 7 tidak kesampaian
    apabila kereta dipandu hilang kawalan sebelum dia tercampak keluar dan
    maut di lokasi kejadian di sini, awal malam semalam.

    Kereta
    Proton Satria dipandu Nor Hazrul Nizham Norizan, 21, terlanggar lopak
    air di Kilometer 1.8 arah ke Shah Alam menyebabkan hilang kawalan lalu
    merempuh penghadang jalan sebelum menghentam tiang lampu jalan.

    Dua rakannya yang berada dalam kenderaan cedera ringan dan dihantar ke
    Hospital Tengku Ampuan Rahimah (HTAR) Klang untuk rawatan.

    Seorang saksi kejadian, Mazlan Muhidin, 28, berkata dia melalui jalan
    itu ke arah Shah Alam dalam hujan lebat apabila terlihat sekujur tubuh
    lengkap berbaju Melayu terbaring di tengah jalan.










    “Pada masa sama, saya lihat sebuah Proton Satria seperti melekat di
    tiang lampu jalan. Saya berhentikan kereta dan bersama tiga yang lain
    mengangkat mangsa ke tepi jalan. Ketika itu manga masih bernafas,
    tetapi dalam keadaan agak sukar dan meninggal dunia beberapa minit
    kemudian,” katanya di sini, semalam.






    Mazlan berkata, dia kemudian menghubungi ambulans, tetapi Nor
    Hazrul disahkan meninggal dunia tidak lama selepas pasukan paramedik
    tiba di lokasi kejadian.

    Rakan serumah Nor Hazrul yang dikenali
    sebagai Saiful, 21, berkata arwah tidak menunjukkan sebarang keganjilan
    atau perubahan sikap sebelum bertolak ke Shah Alam.

    “Arwah dan
    beberapa rakan lain mahu menghadiri rumah terbuka Aidilfitri seorang
    rakan di Seksyen 7, Shah Alam. Mereka pergi menaiki dua kereta.

    “Saya tidak sangka kegembiraan kami berakhir khabar duka dengan
    pemergiannya. Saya sudah tiga tahun mengenalinya dan tinggal menyewa
    serumah di Bestari Jaya, Ijok,” katanya sebak.

    Menurut Saiful,
    arwah yang mengambil jurusan teknologi maklumat (IT) di Unisel adalah
    seorang rakan yang prihatin, ringan tulang dan tidak pernah menyakitkan
    hati rakan lain.

    Sementara itu, Pegawai Penyiasat Trafik Daerah
    Shah Alam, Cif Inspektor Hafiz Sariee memaklumkan kejadian berlaku
    kira-kira pada jam 7 malam dan ketika itu jalan agak licin selepas
    hujan.

    “Mangsa memandu di lorong paling kanan apabila terlanggar lopak berair menyebabkannya hilang kawalan.

    “Akibatnya, kereta dipandu mangsa termasuk ke lorong paling kiri
    sebelum terlanggar penghadang jalan dan hanya terhenti selepas
    menghentam tiang lampu jalan,” katanya.

    Akibat hentaman kuat itu, mangsa tercampak keluar ke tengah jalan, manakala dua lagi rakan mangsa cedera ringan.

    Mangsa cedera di kepala dan jenazahnya dihantar ke HTAR untuk bedah
    siasat. Orang ramai yang mempunyai maklumat berkaitan kejadian diminta
    menghubungi Hafiz di talian 014-8905051 untuk membantu siasatan.





    al-fatihah untuk allahyarham......p/s: ada sape2 kenal x arwah ni?katanya falkulti IT....

    fazlin
    Forumer
    Forumer

    Female
    Age : 27
    Joined : 2008-07-03
    Number of posts : 139
    Warning level : 0/3
    Location : apartment baiduri s.7
    UNiSELian : Shah Alam
    Shoutout : beauty through broken glass..

    Re: Lagi student UNISEL meninggal dunia akibat eksiden....

    Post by fazlin on Mon Oct 13, 2008 12:24 pm

    al-fatihah smge rohnyer dicucuri rhmat..amin..wlaupun lin xknl tp bersimpati kpd fmly die..takziah kpd fmly arwah..

    Fatma Shada
    Global Moderator
    Global Moderator

    Female
    Age : 31
    Joined : 2008-05-18
    Number of posts : 2138
    Warning level : 0/3
    Location : MAIS City, Shah Alam
    UNiSELian : Shah Alam
    Shoutout : N/A

    Re: Lagi student UNISEL meninggal dunia akibat eksiden....

    Post by Fatma Shada on Mon Oct 13, 2008 2:12 pm

    lah..aduhai..ade lagi ke..kesiannye...

    Al.fatihah.. Sad


    _________________
    [center]

    demetrius
    Moderator
    Moderator

    Male
    Age : 29
    Joined : 2008-05-18
    Number of posts : 375
    Warning level : 0/3
    Location : Penang, KL, Batang Berjuntai, Shah Alam...
    UNiSELian : Alumni
    Shoutout : Express Yourself!!

    Re: Lagi student UNISEL meninggal dunia akibat eksiden....

    Post by demetrius on Mon Oct 13, 2008 2:59 pm

    Innalillah...aku x brapa rapat ngan arwah tapi aku penah gak sembang ngan dier...lawak orangnye...semoga arwah dicucuri rahmat...sesiapa yang rasa arwah berdosa ngan korang maafkanlah arwah dengan hati yang terbuka...yang lepas tu biarlah lepas...berhutang pun sama...jika terlalu besar hutangnya berhubunglah dengan keluarganya...

    Al-FATIHAH...


    _________________



    Just because I'm losing, doesn't mean I'm lost

    Feel free to check out my blog
    Click here bebeh!!


    alfiez22
    Global Moderator
    Global Moderator

    Male
    Age : 32
    Joined : 2008-05-20
    Number of posts : 1564
    Warning level : 0/3
    Location : Shah Alam, Selangor Darul Ehsan
    UNiSELian : Shah Alam
    Shoutout : Be nice, play nice & have a nice day!

    Re: Lagi student UNISEL meninggal dunia akibat eksiden....

    Post by alfiez22 on Mon Oct 13, 2008 3:09 pm

    al-fatihah...


    _________________


    You think YOU have what it takes to moderate this site? If you do, YOU are almost welcome to join us soon! Be prepared!

    FMAchemist
    Forumer
    Forumer

    Male
    Age : 33
    Joined : 2008-09-18
    Number of posts : 132
    Warning level : 0/3
    Location : New Village
    UNiSELian : Bestari Jaya
    Shoutout : Assalammualaikum

    Re: Lagi student UNISEL meninggal dunia akibat eksiden....

    Post by FMAchemist on Mon Oct 13, 2008 5:23 pm

    Semoga rohnya dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan org yg beriman...al-fatihah

    Castezar
    Global Moderator
    Global Moderator

    Male
    Age : 30
    Joined : 2008-04-29
    Number of posts : 1301
    Warning level : 0/3
    Location : I live in Shah Alam, Selangor.
    UNiSELian : Bestari Jaya
    Shoutout : Seandainya aku jatuh sakit berpunca dari asap rokok mereka, Ya Allah, kau seksalah mereka dengan kesakitan yang tidak tertanggung semasa ajalnya kelak. Sesungguhnya Engkau yang memakbulkan doa orang-orang yang teraniaya. Amin.

    Re: Lagi student UNISEL meninggal dunia akibat eksiden....

    Post by Castezar on Mon Oct 13, 2008 5:36 pm

    Innalillah.
    Aku kenal juga la dengan arwah. Pernah beberapa kali sama kelas masa diploma it dulu..
    Kenangan paling aku ingat masa kelas Communication Skill. Time tu kitorang dapat task untuk buat persembahan. Aku ingat lagi begitu kelakarnya arwah berlakon jadi seorang tua.. Tapi tu semua dah jadi kenangan.
    -
    Malam tadi, aku balik UNiSEL dalam pukul 9.20pm. Time aku lalu kat highway Bukit Jelutong kat NST tu, aku nampak ada kereta Satria tersadai tepi jalan (menghala Shah Alam) betul-betul sebelum fly-over. Dah ada polis jaga.. Time tu aku tak syak apa-apa, jalan pun tak jamm.

    Tup tup masa aku dah sampai penghujung Puncak Alam, kawan aku telefon bagitau ada member aku, Am (nama gelaran arwah) meninggal sebab accident kat Shah Alam, kat NST. Terkejut aku. Rupanya Satria remuk yang aku nampak tadi tu adalah kemalangan yang meragut nyawa member aku sendiri.

    HMetro bagitau mangsa tercampak di atas jalan. Hipotesis aku bahawa mangsa tak memakai seatbelt. Dua lagi rakannya hanya cedera ringan. Kalaulah masa boleh diundur, mungkin mangsa boleh selamat jika memakai seatbelt. Tapi ini hanya ikhtiar, ajal maut itu urusan Allah.
    -
    Ok. So di kesempatan ini aku nak ingatkan korang yang memandu kereta, atau yang menaiki kereta, jangan sesekali lupa untuk PAKAI TALIPINGGANG KELEDAR. Tak kisah la nak jalan jauh atau dekat.

    * Semester ini sahaja, FITM telah kehilangan 4-5 orang pelajar akibat kemalangan. Astaghfirullah..


    _________________

    SMOKING IS NOT MY LIFESTYLE

    Scromix
    MyUNiSEL.com Super Senior
    MyUNiSEL.com Super Senior

    Male
    Age : 27
    Joined : 2008-05-01
    Number of posts : 115
    Warning level : 0/3
    Location : Malaysia
    UNiSELian : Bestari Jaya

    Re: Lagi student UNISEL meninggal dunia akibat eksiden....

    Post by Scromix on Wed Oct 15, 2008 1:08 am

    fitm lgi...banyaknya eksiden...tuh yg msuk paper...yg x msuk...??

    FMAchemist
    Forumer
    Forumer

    Male
    Age : 33
    Joined : 2008-09-18
    Number of posts : 132
    Warning level : 0/3
    Location : New Village
    UNiSELian : Bestari Jaya
    Shoutout : Assalammualaikum

    Re: Lagi student UNISEL meninggal dunia akibat eksiden....

    Post by FMAchemist on Wed Oct 15, 2008 10:08 am

    P/s: sebagai wakil pelajar FITM,saya ingin mengajak semua student unisel SA and BJ ke kenduri tahlil di Masjid kg Bestari jaya pada khamis mlm jumaat ini

    AreMeRoll
    Forumer
    Forumer

    Male
    Age : 30
    Joined : 2008-06-04
    Number of posts : 547
    Warning level : 0/3
    Location : ArMPunK, kl
    UNiSELian : Bestari Jaya
    Shoutout : erppppp!!!!

    Re: Lagi student UNISEL meninggal dunia akibat eksiden....

    Post by AreMeRoll on Wed Oct 15, 2008 1:03 pm

    al-fatihah..
    aku kenal si arwah..
    bdk klas aku tme dip dlu..
    tp sblm meninggal,
    arwah sempat mgerjakn umrah ari 2
    semoge roh arwah dicucuri rahmat dan dtempatkn dlm golongan
    orang2 beriman..

    zaty
    Forumer
    Forumer

    Female
    Age : 27
    Joined : 2008-07-04
    Number of posts : 561
    Warning level : 0/3
    Location : commercial centre
    UNiSELian : Shah Alam

    Re: Lagi student UNISEL meninggal dunia akibat eksiden....

    Post by zaty on Wed Oct 15, 2008 1:19 pm

    al-fatihah..

    nizam_art_DG02B
    Forumer
    Forumer

    Male
    Age : 27
    Joined : 2008-08-13
    Number of posts : 30
    Warning level : 0/3
    Location : UNISEL,Shah Alam
    UNiSELian : Shah Alam
    Shoutout : nizam_Roda Berputar

    Re: Lagi student UNISEL meninggal dunia akibat eksiden....

    Post by nizam_art_DG02B on Wed Oct 15, 2008 4:43 pm

    al-fatihah..
    kat jalan mane ye barlaku kejadian..?

    Castezar
    Global Moderator
    Global Moderator

    Male
    Age : 30
    Joined : 2008-04-29
    Number of posts : 1301
    Warning level : 0/3
    Location : I live in Shah Alam, Selangor.
    UNiSELian : Bestari Jaya
    Shoutout : Seandainya aku jatuh sakit berpunca dari asap rokok mereka, Ya Allah, kau seksalah mereka dengan kesakitan yang tidak tertanggung semasa ajalnya kelak. Sesungguhnya Engkau yang memakbulkan doa orang-orang yang teraniaya. Amin.

    Re: Lagi student UNISEL meninggal dunia akibat eksiden....

    Post by Castezar on Wed Oct 15, 2008 4:53 pm

    Di highway Bukit Jelutong, betul2 sebelah NSTP.


    _________________

    SMOKING IS NOT MY LIFESTYLE

    nizam_art_DG02B
    Forumer
    Forumer

    Male
    Age : 27
    Joined : 2008-08-13
    Number of posts : 30
    Warning level : 0/3
    Location : UNISEL,Shah Alam
    UNiSELian : Shah Alam
    Shoutout : nizam_Roda Berputar

    Re: Lagi student UNISEL meninggal dunia akibat eksiden....

    Post by nizam_art_DG02B on Wed Oct 15, 2008 5:02 pm

    o..ok2..jalan highway mcm tu pun ade lopak air?
    em...umah betul di kat mane ye?

    CaPiK
    MyUNiSEL.com Super Senior
    MyUNiSEL.com Super Senior

    Male
    Age : 29
    Joined : 2008-05-18
    Number of posts : 1375
    Warning level : 0/3
    Location : Kota Raya Metrofulus, Zuhal...
    UNiSELian : Bestari Jaya
    Shoutout : arrrggggghhhhhhh!!!

    Re: Lagi student UNISEL meninggal dunia akibat eksiden....

    Post by CaPiK on Wed Oct 15, 2008 8:23 pm

    INNALILLAHHI WAINNA ILAIHIROJIUN

    AL-FATIHAH.......

    Castezar
    Global Moderator
    Global Moderator

    Male
    Age : 30
    Joined : 2008-04-29
    Number of posts : 1301
    Warning level : 0/3
    Location : I live in Shah Alam, Selangor.
    UNiSELian : Bestari Jaya
    Shoutout : Seandainya aku jatuh sakit berpunca dari asap rokok mereka, Ya Allah, kau seksalah mereka dengan kesakitan yang tidak tertanggung semasa ajalnya kelak. Sesungguhnya Engkau yang memakbulkan doa orang-orang yang teraniaya. Amin.

    Re: Lagi student UNISEL meninggal dunia akibat eksiden....

    Post by Castezar on Wed Dec 24, 2008 11:56 am

    TOPIK INI DIKUNCI
    (24/12/2008, 11.56am) - (Diskusi telah selesai)


    _________________

    SMOKING IS NOT MY LIFESTYLE

    Sponsored content

    Re: Lagi student UNISEL meninggal dunia akibat eksiden....

    Post by Sponsored content


      Current date/time is Mon Feb 20, 2017 2:48 am