UNiSEL Unofficial Forum


    Lulusan Bioteknologi Kini Laku Di Pasaran

    Share
    avatar
    Fatma Shada
    Global Moderator
    Global Moderator

    Female
    Age : 31
    Joined : 2008-05-18
    Number of posts : 2138
    Warning level : 0/3
    Location : MAIS City, Shah Alam
    UNiSELian : Shah Alam
    Shoutout : N/A

    Lulusan Bioteknologi Kini Laku Di Pasaran

    Post by Fatma Shada on Sun Sep 07, 2008 5:03 pm

    memandangkan bahagian fakulti ni semakin senyap sejak akhir2 ni..meh aku nk kongsi sedikit artikel yg aku jmpa ni..so..nk tau gak ape pendapat dak2 biotek...

    cuba click kat spoiler ni :-

    Spoiler:



    [size=12]Terdapat banyak peluang kerjaya dalam bidang bioteknologi iaitu dalam penyelidikan dan pembangunan (R&D), pendidikan di universiti dan pengurusan kerajaan.


    Dalam sektor swasta pula, peluang kerjaya terbuka luas di syarikat-syarikat tempatan dan multi nasional, pertubuhan antarabangsa, pengurusan hartanah intelektual dan menubuhkan syarikat sendiri.


    Pasaran kerja untuk graduan bioteknologi kini amat luas malah ada syarikat yang menanti-nantikan pelajar bioteknologi untuk menghabiskan pengajian mereka.


    Menurut satu laporan dari St. Louis Post-Dispatch pada 1 Januari tahun ini, enam tahun lalu, majikan-majikan tidak berminat untuk menawarkan pekerjaan kepada graduan dari kursus juruteknik makmal bioteknologi.


    Tetapi kini mereka sendiri sibuk menghubungi pelajar berkenaan dan memerlukan beratus-ratus orang dalam bidang tersebut.


    Pasaran global yang berasaskan bioteknologi juga berkembang luas.


    Pada tahun 2000 barangan berkenaan di pasaran dunia bernilai RM221.16 billion dengan 27 peratus dari bidang kuasa, makanan (20 peratus), kimia (17 peratus), perkhidmatan kesihatan (15 peratus), pertanian (14 peratus) dan besi (7 peratus).


    Bioteknologi membantu dunia dengan kewujudan pelbagai teknologi baru seperti dalam perkhidmatan sokongan.


    Antaranya ialah instrumentasi iaitu pembangunan peralatan baru, reka bentuk perubatan yang rasional dengan menggabungkan farmaseutikal konvensional dan pembangunan ubat-ubatan berasaskan protein.


    Sementara dalam pembangunan produk pula ia menghasilkan terapeutik manusia dan vaksin seperti vaksin Hepatitis B.


    Ia menghasilkan benih baru untuk pertanian seperti kacang soya, produk-produk teknologi tinggi dan bawahan seperti klon kultur tisu pisang dan lain-lain.


    Manakala disiplin daripada bidang bioteknologi ialah molekular biologi iaitu keupayaan memanipulasi kod genetik.


    Selain itu ialah kimia protein iaitu memahami tugas-tugas protein dan penapaian iaitu menggunakan sel untuk menghasilkan produk pengkomersialan.


    Antara yang paling menonjol dalam bidang bioteknologi sekarang ialah penjujukan genom dan beras.


    Beras mempunyai genom paling kecil dalam pertanian bijirin dunia.


    Pemahaman lokasi dan struktur satu gen dalam genom beras boleh membantu kita mencari gen yang sama dalam hasil pertanian yang lain.








    credit to: tutor.com


    _________________
    [center]
    avatar
    BonE
    Forumer
    Forumer

    Male
    Age : 29
    Joined : 2008-07-14
    Number of posts : 109
    Warning level : 0/3
    Location : KL
    UNiSELian : Shah Alam

    Re: Lulusan Bioteknologi Kini Laku Di Pasaran

    Post by BonE on Sat Sep 27, 2008 10:59 pm

    mnarik neyh...kne rrr blaja rajen2..kalo pluang keje byk tp rezat hampeh x gne gak..huhu

      Current date/time is Wed Apr 26, 2017 8:21 am